Friday, November 11, 2011

RAYA AIDILFITRI...


my family

Posted by Picasa

Tuesday, August 23, 2011

perjuangan hidup by shoutul irfan kml 2011/2012


salam...

haa... ni la lagu kitorang time pertandingan nasyid hari tu.....

pertandingan nasyid zon 8 wilayah persekutuan labuan antara masjid-masjid dan surau jumaat....

alhamdulillah..dapat johan hasil bimbingan dan didikan abg iszuandy(hawary), abg bob (hawary),

kak ana(istri abg bob), dan abg haziq(de afroza ums)

dendangan asal lagu daripada kumpulan hawary... hehe






Monday, August 22, 2011

sunsets in my village


gambar-gambar ni diambil bila-bila masa sewaktu musim pengangguran....hehe
tempat pula di depan rumah aku....haha


cantik


lawa

bisai

cun

kacak

best bro...


terbaikk

sebalik awan nano

baik punyer

malam hari

kejap lagi malam

sikit lagi

pun sikit lagi

mau terbenam

hampir tenggelam

ada lagi sikit

?????


6....

5.........

4........

3.........

2.............

1........

tiada sudah matahari


buka puasa

kira-kira dah 2 minggu yang lalu berbuka puasa di kml di surau al-irfan dengan sahabat-sahabat al-irfan. memang terasa sangat meriah berbuka puasa di surau dan terasa ikatan ukhwah semakin erat. jam 5.30 pm dah ready untuk ke bazar ramadhan yang ada dekat dengan surau. setiap juadah yang dijual memang menggoda nafsu. tu baru bazar dalam kolej belum lagi di luar kolej.


selesai membeli di bazar me and the gang pun pergi la lepak di surau sementara menunggu waktu berbuka puasa sambil main game di handphone dorang. minuman dan makanan paling popular di bazar ialah cendol dan nasi ayam dara... hehe

sebelum masuk waktu maghrib sahabat-sahabat akan sediakan juadah berbuka di luar surau. muslimah masak muslimin tolong angkat. kitorang makan dalam talam.
lebih kurang cmni la....
habis membaham makanan dalam talam, tiba pula giliran kuih-muih untuk dihabiskan. hehe. memang nafsu tak dapat dikawal time membeli di bazar. kalau tak makan sayang pula nanti membazir...

apa-apa pun pengalaman berpuasa di kolej memang memberi seribu pengalaman dan makna yang berharga dan tidak akan pernah dilupakan.

Thursday, August 11, 2011

NASYID SHOUTUL IRFAAN





Kenangan nasyid mendapat tempat pertama dalam pertandingan nasyid antara masjid dan surau jumaat peringkat wilayah persekutuan labuan 

Thursday, July 14, 2011

banyak benda......

setelah sekian lama berada di bumi kml ni.... sudah terasa beban yang amat berat dalam menghadapi pembelajaran.... tutorial questions kadang-kadang tidak siap.... pergi kuliah mengantuk...... aduiiii...... lab report buat last minute... hehe

ujian pertengahan semester pun dah dekat..... belum yakin dapat jawab betul..... emmm...... tambahan pula dengan tugasan tambahan yang lain..... tabah.....



Sunday, May 29, 2011

Orentasi MPPB KML

Perrgghhh......

dislike

Minggu orentasi kml yang sangat memenatkan.....
macam-macam benda yang kena suruh.....
masa untuk bersiap pun terasa tidak cukup....
kalau yang malas makan dan mandi tu cepat la dorang siap....
tapi kalau pergi makan dengan barisan yang panjang di cafe tu memang banyak la masa yang terbuang.....
yang mandi pula semacam mandi kerbau saja......
cuaca panas ditambah dengan denda mandi peluh lagi.....
masuk dalam dewan yang sangat panas sebab terlalu ramai pelajar 2000 lebih.....
jalan itik sampai kaki kejang.....aduiii
hafal lagu kml lagi.......
hafal lagu wilayah lagi.....
kena denda lagi......
mencangkung di dewan, depan hostel, atas padang kawad......
angkat beg atas kepala dan kaki dibengkokkan.......
waktu rehat semua cafe penuh.......
buat kad matriks beratur panjang.........
pakai baju sukan atau riadah yang kitar semula......

like

ramai kawan.....
masuk dewan kuliah yang sejuk.....
dapat bilik tingkat satu je.....
banyak game yang menyanyi-nyanyi....
dapat mentor yang best.......
makanan di cafe a murah.....
masjid luas.....
riadah yang ok la.....
sempat mandi.......
buat tsunami yang tak sedar nak berhenti......
ada juga ceramah yang best......
ramai jemaah solat sepanjang orentasi....
kawan-kawan baru yang sporting.....

emmm....
banyak lagi ni kalau nak dicoretkan tapi ni la kali pertama aku mengikuti orentasi yang betul-betul tough....
harap aku dapat survive di bumi kml perkasa ni........
orentasi yang berguna bagi membina persiapan dari segi emosi, jasmani, rohani, intelektual sebelum memulakan sesi pembelajaran......

walaupum dapat modul satu alhamdulillah dapat tukar ke modul tiga.....

sekian...

Friday, May 20, 2011

Belajar...

Assalam....

 Cerita bermula setelah tamat SPM....

Habis SPM mula la mengintai-intai sikit untuk mencari tempat bagi melanjutkan pelajaran. Pelbagai laman web yang berkaitan dengan further study mula dilayari. Tak lupa juga laman web yang berkaitan dengan biasiswa. Tapi yang selalu diintai adalah laman web yang berkaitan dengan perubatan di Mesir.

Pelbagai borang juga sudah di isi..... IPG, MATRIKULASI,UPU dan pelbagai

Jalan-jalan menerjah edu fair di sana-sini pun sudah dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang dapat berguna sambil menunggu keputusan Spm yang belum kunjung tiba. Perkara yang paling best masa edufair tu dapat banyak koleksi pen. hehehe. Boleh simpan.

 Cerita bersambung setelah keluar keputusan SPM...

eemmm....

Keputusan SPM pun sekadar cukup makan. Tapi puas hati. Alhamdulillah..
Mula mengintai link-link yang boleh membawa diri ini ke Mesir.
Bertanya di sana-sini. Tercari-cari biasiswa walaupun Spm tak gempak. Isi biasiswa MARA walaupun yakin tak dapat. Isi segala-galanya dan kemaskini semua maklumat. Tak lupa juga menerjah lagi edufair yang berdekatan.
Harapanku untuk ke Mesir punah kerana daipada sumber yang sahih, tiada lagi penghantaran pelajar ke Mesir kerana krisis yang berlaku. Tabah

Mula menumpukan kepada IPG, mengharap sesuatu. Alhamdulillah aku dapat menghadiri temuduga KPLSPM. Tapi kurang sukses menjawab INSAK.

Di sambung....

Keputusan Matrikulasi keluar dan keputusannya aku mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Labuan program setahun dalam bidang sains. Tapi kena suruh pilih modul pembelajaran. setelah diteliti dan diamati aku memilih modul yang tiada subjek fizik kerana kurang minat subjek tu.....

Selepas itu...

Keputusan UPU keluar dan aku ditawarkan untuk program Asasi Sains UiTM, Puncak Alam, Shah Alam. Memang menarik minat aku. Tapi kena fikir dulu....

Keputusan IPG atau KPLSPM keluar dan dukacitanya dimaklumkan bahawasanya no. ic aku tidak tersenarai di dalamnya.... Tabah....

Setelah difikir.....

Akhirnya aku mengambil kata putus untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Aku terpaksa menolak tawaran program asasi oleh kerana masalah yang tidak boleh dielakkan....

Aku harap dapat meneruskan pelajaran dengan jayanya....
InsyaAllah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...