Friday, May 20, 2011

Belajar...

Assalam....

 Cerita bermula setelah tamat SPM....

Habis SPM mula la mengintai-intai sikit untuk mencari tempat bagi melanjutkan pelajaran. Pelbagai laman web yang berkaitan dengan further study mula dilayari. Tak lupa juga laman web yang berkaitan dengan biasiswa. Tapi yang selalu diintai adalah laman web yang berkaitan dengan perubatan di Mesir.

Pelbagai borang juga sudah di isi..... IPG, MATRIKULASI,UPU dan pelbagai

Jalan-jalan menerjah edu fair di sana-sini pun sudah dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang dapat berguna sambil menunggu keputusan Spm yang belum kunjung tiba. Perkara yang paling best masa edufair tu dapat banyak koleksi pen. hehehe. Boleh simpan.

 Cerita bersambung setelah keluar keputusan SPM...

eemmm....

Keputusan SPM pun sekadar cukup makan. Tapi puas hati. Alhamdulillah..
Mula mengintai link-link yang boleh membawa diri ini ke Mesir.
Bertanya di sana-sini. Tercari-cari biasiswa walaupun Spm tak gempak. Isi biasiswa MARA walaupun yakin tak dapat. Isi segala-galanya dan kemaskini semua maklumat. Tak lupa juga menerjah lagi edufair yang berdekatan.
Harapanku untuk ke Mesir punah kerana daipada sumber yang sahih, tiada lagi penghantaran pelajar ke Mesir kerana krisis yang berlaku. Tabah

Mula menumpukan kepada IPG, mengharap sesuatu. Alhamdulillah aku dapat menghadiri temuduga KPLSPM. Tapi kurang sukses menjawab INSAK.

Di sambung....

Keputusan Matrikulasi keluar dan keputusannya aku mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Labuan program setahun dalam bidang sains. Tapi kena suruh pilih modul pembelajaran. setelah diteliti dan diamati aku memilih modul yang tiada subjek fizik kerana kurang minat subjek tu.....

Selepas itu...

Keputusan UPU keluar dan aku ditawarkan untuk program Asasi Sains UiTM, Puncak Alam, Shah Alam. Memang menarik minat aku. Tapi kena fikir dulu....

Keputusan IPG atau KPLSPM keluar dan dukacitanya dimaklumkan bahawasanya no. ic aku tidak tersenarai di dalamnya.... Tabah....

Setelah difikir.....

Akhirnya aku mengambil kata putus untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Aku terpaksa menolak tawaran program asasi oleh kerana masalah yang tidak boleh dielakkan....

Aku harap dapat meneruskan pelajaran dengan jayanya....
InsyaAllah....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...