Tuesday, May 10, 2011

terkisar jari

aduii... sakitnya,,,

innalillahi wainna ilaihi rojiun...

-tanggal 9 mei 2011-
darah lebat menitis dari ibu jariku akibat terkena mesin pengisar kelapa yang beroperasi. memang sesuatu yang aku tidak mahu tetapi perkara yang memang aku jangka pada aku suatu hari nanti setiap kali aku buat kerja tu.

malang tidak berbau.

pada mulanya memang tidak terasa sakitnya, namun, setelah beberapa ketika pedihnya mula menyelubungi akibat tindakbalas saraf yang menghantar maklumat ke dalam kotak fikiranku lalu dilafazkan oleh mulutku yang tidak mampu menahan sakitnya lantas mengalir airmataku.

mujur ada ahli keluargaku yang sedaya upaya memberi perhatian dan mencuba untuk mengubati lukaku. terima kasih kepada mereka dan kepada gamat yang menjadi ubat sebagai rawatanku.

setelah aku buka balutannya kelihatan isiku dan kulitku yang sudah terkopek sedikit akibat kecederaan tersebut. nampaknya kukuku pun menerima padahnya kerana terkena duri dari mata mesin kisaran tersebut. masih terasa sakitnya namun akan ku tahan juga..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...