Friday, April 29, 2011

faceblog

Post

about

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Interview part 1

Assalam.....

26.4.2011....
Haa tu lah tarikh interview ipg aku. Bidang BM SK. Hari yang mendebarkan sebab tu lah kali pertama aku hadir untuk temu duga. Memang pengalaman pertama yang sangat berharga.

Bangun awal pagi macam orang nak pergi kerja. hehe. Sebenarnya kena bangun awal lepas tu kena ikut abang hantar kakak ipar pergi kerja. Perut lapar pagi-pagi sebab belum lagi sarapan. Lepas hantar kaka ipar kerja abang aku bawa aku pergi sarapan. Alhamdulillah. Nikmat rasanya. Lepas sarapan, abang aku pun hantar aku pergi ke pusat temu duga tu.

Alamak! Aku datang terlalu awal la pula. Jam 8.30 gitu. Sepatutnya aku datang jam 11. hehe. Semangat membara konon. Aku pergi tempat tu dan jumpa seorang pak cik dan dia cakap aku kena pergi 'sana'. Sampai tempat tu aku pun jumpa seorang lagi tapi dia cakap dengan aku melalui tingkap. Rupa-rupanya aku kena datang jam 11 nanti dia cakap. Jadi, aku pun masuk la balik dalam kereta abang. Jalan-jalan kejap. Pusing-pusing bandar. Pergi pantai segala.

Dekat jam 10 kami pun memulakan semula perjalanan menuju ke tempat temu duga tadi. Sampai sana ada ramai lagi yang datang untuk temu duga dalam bidang yang sama. Aku pun cek la nama aku di borang kehadiran dan memang ada nama aku di sana. Ada seorang kawan ni dia suruh aku susun borang yang diperlukan seperti yang sudah disenaraikan. Alamak! Aku tak ingat kena bawa gambar la pula. emmm, biarlah.

Sekali sampai dalam baru masuk sudah kena 'nasihat' macam mana mahu jadi cikgu kalau klip kertas dan gambar pun tak bawa...  emmm sabo jer la....

Sunday, April 24, 2011

KHALIFAH - Siapa Laila?

Saturday, April 23, 2011

Nasihat kepada aku dia dan kamu

Assalam...

Emm......
Hidup ni kalau kita tak buat silap memang tak sah. Dah tu kalau dah buat salah mesti kena marah. Memang la kena marah kalau dah buat salah. Siapa yang suka kalau orang buat salah? Siapa pula yang suka kena marah? Berbelit

Tapi kadangkala kita bukan kena marah kerana benci kalau dah buat salah tetapi perkara itu telah menjadikan kita lebih dewasa dan berhati-hati dan bertanggugjawab atas segala tindakan yang telah diambil. Pepatah mengatakan berani buat berani tanggung. Seperkara lagi sekiranya kita dimarahi jangan terlampau emosi sehingga merosakkan diri sendiri. Dari suatu sudut pandangan yang lain sebagai pelaku salah kita semestinya menganggap pemarah telah memberikan satu mutiara kata nasihat yang begitu berharga kepada kita untuk memperbaiki segala kelemahan pada masa akan datang.


Friday, April 22, 2011

Khutbah....

Assalamualaikum....

Ok...
Hari ni hari Jumaat. Hari yang dikatakan sebagai penghulu segala hari. Simbolik bagi umat Islam seluruh dunia hari ini merupakan hari untuk menunaikan solat Jumaat. Solat Jumaat yang mula difardhukan kepada seluruh umat Islam setelah siapnya Masjid Quba semasa peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama kaum muhajirin dari Mekah ke Yathrib.

Entah kenapa sejak akhir-akhir Jumaat ni aku rasa susah betul tumpukan perhatian time khutbah. Kalau dah khusyuk tu ok la, tapi 2 3 minit pastu fikiran pun melayang. Faktor mata juga yang aku rasa nak terlelap. Mungkin syaitan yang sentiasa bergayut tu yang cuba breusaha untuk melelapkan mata aku ni. Mungkin juga bukan salah syaitan tapi tiada kekuatan keimanan dan ketaqwaan dalam diriku untuk melawan godaan syaitan dan keupayaan untuk mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya seperti yang dinyatakan dalam setiap kali khutbah Jumaat.

Tapi ada lagi satu faktor yang mungkin menjadi salah satu penyebab kepada isu aku ni iaitu khatib atau pembaca Khutbah Jumaat. Memang susah nak mendengar khutbah yang dibaca dengan sepenuh jiwa raga tulus dari hati yang ikhlas. Tapi kalau suruh aku baca pun belum tentu lagi sempurna. Aku memang lebih menyukai khutbah yang dibaca secara spontan oleh khatib yang bertugas kerana aku rasa semua yang dilafazkan olehnya adalah perkara yang ada dalam kotak fikirannya dan terlintas di fikirannya. Pernah masa zaman sekolah menengah dulu ada seorang ustaz nama beliau ustaz Abu Hurairah kalau aku tidak silap. Memang khutbah pertama yang dapat menarik minat bukan sahaja aku malahan semua jemaah (kecuali yang tidur tu). Tidak dinafikan dia adalah seorang pendakwah yang berkaliber kerana sering menyelitkan isu-isu semasa secara menarik dan tertib tambahan pula dengan penggunaan certain english words yang memang senang difahami. Dalil-dalil al-Quran dan Hadis yang dibaca dengan begitu lancar juga memainkan peranan dalam khutbahnya. Seorang lagi khatib yang merupakan ustaz di sebuah sekolah yang diiktiraf sebagai guru cemerlang juga menarik minat aku dan rakan-rakan kerana beliau menggunakan laptopnya sebagai rujukan isi-isi penting dalam khutbahnya namun huraiannya juga secara spontan. Kedua-dua mereka mempunyai suara yang begitu lantang sehingga yang 'tidur' masa khutbah pun boleh terjaga langsung mendengar petah bicara mereka. Bertepatan dengan syarat menjadi khatib untuk mempunyai suara yang lantang.

Aku pun pernah membaca khutbah semasa di bangku sekolah menengah untuk aktiviti surau. Walaupun sudah diberi peringatan kepada pendengar supaya menumpukan perhatian dan tidak tidur dan bercerita namun, memang lumrah manusia sukar untuk mematuhi perintah dan secara langsung aku memahami perasaan para khatib yang bertugas di masjid-masjid sekiranya petah bicara mereka tidak diendahkan. Aku pun pernah menjadi pendengar, ternyata memang rasa mengantuk tu akan datang tanpa diundang apatah lagi sekiranya khatib hanya membaca sebiji dengan apa yang ada di lembaran skrip khutbahnya.

Apa pun.... kesimpulannya, para jemaah terutamanya hendaklah menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap khutbah yang dibacakan oleh para khatib kerana ia merupakan ilmu yang kira perolehi secara percuma dan mungkin berguna kepada kita suatu hari nanti setidak-tidaknya di akhirat kelak. Peringatan juga supaya datang awal ye... InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...