Friday, April 29, 2011

Interview part 1

Assalam.....

26.4.2011....
Haa tu lah tarikh interview ipg aku. Bidang BM SK. Hari yang mendebarkan sebab tu lah kali pertama aku hadir untuk temu duga. Memang pengalaman pertama yang sangat berharga.

Bangun awal pagi macam orang nak pergi kerja. hehe. Sebenarnya kena bangun awal lepas tu kena ikut abang hantar kakak ipar pergi kerja. Perut lapar pagi-pagi sebab belum lagi sarapan. Lepas hantar kaka ipar kerja abang aku bawa aku pergi sarapan. Alhamdulillah. Nikmat rasanya. Lepas sarapan, abang aku pun hantar aku pergi ke pusat temu duga tu.

Alamak! Aku datang terlalu awal la pula. Jam 8.30 gitu. Sepatutnya aku datang jam 11. hehe. Semangat membara konon. Aku pergi tempat tu dan jumpa seorang pak cik dan dia cakap aku kena pergi 'sana'. Sampai tempat tu aku pun jumpa seorang lagi tapi dia cakap dengan aku melalui tingkap. Rupa-rupanya aku kena datang jam 11 nanti dia cakap. Jadi, aku pun masuk la balik dalam kereta abang. Jalan-jalan kejap. Pusing-pusing bandar. Pergi pantai segala.

Dekat jam 10 kami pun memulakan semula perjalanan menuju ke tempat temu duga tadi. Sampai sana ada ramai lagi yang datang untuk temu duga dalam bidang yang sama. Aku pun cek la nama aku di borang kehadiran dan memang ada nama aku di sana. Ada seorang kawan ni dia suruh aku susun borang yang diperlukan seperti yang sudah disenaraikan. Alamak! Aku tak ingat kena bawa gambar la pula. emmm, biarlah.

Sekali sampai dalam baru masuk sudah kena 'nasihat' macam mana mahu jadi cikgu kalau klip kertas dan gambar pun tak bawa...  emmm sabo jer la....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...