Friday, April 22, 2011

Khutbah....

Assalamualaikum....

Ok...
Hari ni hari Jumaat. Hari yang dikatakan sebagai penghulu segala hari. Simbolik bagi umat Islam seluruh dunia hari ini merupakan hari untuk menunaikan solat Jumaat. Solat Jumaat yang mula difardhukan kepada seluruh umat Islam setelah siapnya Masjid Quba semasa peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama kaum muhajirin dari Mekah ke Yathrib.

Entah kenapa sejak akhir-akhir Jumaat ni aku rasa susah betul tumpukan perhatian time khutbah. Kalau dah khusyuk tu ok la, tapi 2 3 minit pastu fikiran pun melayang. Faktor mata juga yang aku rasa nak terlelap. Mungkin syaitan yang sentiasa bergayut tu yang cuba breusaha untuk melelapkan mata aku ni. Mungkin juga bukan salah syaitan tapi tiada kekuatan keimanan dan ketaqwaan dalam diriku untuk melawan godaan syaitan dan keupayaan untuk mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya seperti yang dinyatakan dalam setiap kali khutbah Jumaat.

Tapi ada lagi satu faktor yang mungkin menjadi salah satu penyebab kepada isu aku ni iaitu khatib atau pembaca Khutbah Jumaat. Memang susah nak mendengar khutbah yang dibaca dengan sepenuh jiwa raga tulus dari hati yang ikhlas. Tapi kalau suruh aku baca pun belum tentu lagi sempurna. Aku memang lebih menyukai khutbah yang dibaca secara spontan oleh khatib yang bertugas kerana aku rasa semua yang dilafazkan olehnya adalah perkara yang ada dalam kotak fikirannya dan terlintas di fikirannya. Pernah masa zaman sekolah menengah dulu ada seorang ustaz nama beliau ustaz Abu Hurairah kalau aku tidak silap. Memang khutbah pertama yang dapat menarik minat bukan sahaja aku malahan semua jemaah (kecuali yang tidur tu). Tidak dinafikan dia adalah seorang pendakwah yang berkaliber kerana sering menyelitkan isu-isu semasa secara menarik dan tertib tambahan pula dengan penggunaan certain english words yang memang senang difahami. Dalil-dalil al-Quran dan Hadis yang dibaca dengan begitu lancar juga memainkan peranan dalam khutbahnya. Seorang lagi khatib yang merupakan ustaz di sebuah sekolah yang diiktiraf sebagai guru cemerlang juga menarik minat aku dan rakan-rakan kerana beliau menggunakan laptopnya sebagai rujukan isi-isi penting dalam khutbahnya namun huraiannya juga secara spontan. Kedua-dua mereka mempunyai suara yang begitu lantang sehingga yang 'tidur' masa khutbah pun boleh terjaga langsung mendengar petah bicara mereka. Bertepatan dengan syarat menjadi khatib untuk mempunyai suara yang lantang.

Aku pun pernah membaca khutbah semasa di bangku sekolah menengah untuk aktiviti surau. Walaupun sudah diberi peringatan kepada pendengar supaya menumpukan perhatian dan tidak tidur dan bercerita namun, memang lumrah manusia sukar untuk mematuhi perintah dan secara langsung aku memahami perasaan para khatib yang bertugas di masjid-masjid sekiranya petah bicara mereka tidak diendahkan. Aku pun pernah menjadi pendengar, ternyata memang rasa mengantuk tu akan datang tanpa diundang apatah lagi sekiranya khatib hanya membaca sebiji dengan apa yang ada di lembaran skrip khutbahnya.

Apa pun.... kesimpulannya, para jemaah terutamanya hendaklah menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap khutbah yang dibacakan oleh para khatib kerana ia merupakan ilmu yang kira perolehi secara percuma dan mungkin berguna kepada kita suatu hari nanti setidak-tidaknya di akhirat kelak. Peringatan juga supaya datang awal ye... InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...