Tuesday, May 3, 2011

Peringatan

Pak Cik

Kalau dah sambung belajar nanti, belajar betul-btul sampai berjaya. Haa.. Nanti kalau dah kerja, dah capai cita-cita, dah dapat kerja, jangan sesekali lupa ibu bapa. Kalau dapat gaji lepas kerja nanti hulurkanlah sedikit duit untuk mereka. Janganlah banyak sangat dalam seratus dua sahaja. Bukannya apa, untuk menyenangkan hati mereka saja. Lagipun mereka bukannya orang senang. Pendapatan yang mereka peroleh yang sedia ada adalah hasil titik peluh mereka berdua. Tetapi sebagai seorang anak kita kenalah bantu mereka kerana mereka telah banyak berkorban demi membesarkan dan memberi didikan yang sepenuhnya kepada kita.

Mak Cik

Nah. Keputusan kau ni ok. Gunalah peluang yang ada ni untuk sambung belajar.Belajar betul-betul. Jangan fikir nak cari pasangan hidup dulu. Belajar dulu. Capai dulu cita-cita lepas tu kerja bagus-bagus. Tolong dulu orang tua mu. Mereka tu bukannya ada kerja tetap. Gajipun tak tetap. Keluargamu tu orang susah.Pandai-pandailah kamu fikir. Lagipun tinggal kau seorang sajalah lagi harapan orang tua mu. Abang-abang kau dah ada isteri masing-masing. Kalau rasa sudah mampu nanti barulah cari teman hidup.

Tutor Kelas Memandu

Wow.. Macam seronok saja couple tu peluk-peluk di sana(perhentian bas). Macam la seronok dapat keputusan yang biasa-biasa saja untuk SPM.Mereka belum rasa lagi macam mana rasa kalau tiada kerja nanti. Menyesal tu nanti. Haa. Nanti kau dah berjaya kau pula pergi bagi ceramah dengan mereka. hehe. Kau pernah couple?? " tidak". Baguslah tu. Kau janganlah dulu rasa benda-benda tu. Kalau kau dah rasa nanti susah sebab tak boleh tenang. Ada saja karenah yang couple tu buat nanti sampai menggangu fikiran yang mahu belajar. Couple tu nanti-nantlah. Kalau sudah dapat kerja yng boleh menjamin masa depan.

Syukran......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...